ad
PBT

Penduduk adu bunyi bising, MPKS sita pembesar suara 11 premis burung walit

5 Feb 2024, 4:30 AM
Penduduk adu bunyi bising, MPKS sita pembesar suara 11 premis burung walit
Penduduk adu bunyi bising, MPKS sita pembesar suara 11 premis burung walit

SHAH ALAM, 5 FEB: Pembesar suara di 11 premis burung walit disita Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) susulan aduan bunyi bising oleh penduduk.

Menurut pihak berkuasa tempatan (PBT) itu operasi bersepadu dilakukan di Pusat Perniagaan Bestari Jaya dan Taman Ijok Utama pada 31 Januari lalu.

“Operasi ini dijalankan berikutan kacau ganggu bunyi bising yang ditimbulkan oleh pengusaha premis burung walit kepada pemilik perniagaan dan penduduk berhampiran.

“Sebanyak 11 premis diambil tindakan sitaan pembesar suara. Semua barangan sitaan dibawa ke stor tahanan Jabatan Penguatkuasa MPKS untuk tindakan lanjut,” katanya di Facebook.

 

[caption id="attachment_627180" align="aligncenter" width="734"] Anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menyita pembesar suara premis burung walit di Pusat Perniagaan Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 31 Januari 2024. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kuala Selangor[/caption]

Dalam operasi sama, MPKS turut mengeluarkan 11 kompaun mengikut Seksyen 70 (11) Akta 133 atas kesalahan melakukan ubah suai bangunan kedai tanpa kelulusan bertulis.

Operasi yang bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari itu membabitkan 17 kakitangan MPKS daripada pelbagai jabatan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.