AGENDA

Tahanan lolos depoh imigresen, 39 pendatang asing ditahan takat 8 malam

3 Feb 2024, 3:21 PM
Tahanan lolos depoh imigresen, 39 pendatang asing ditahan takat 8 malam

TAPAH, 3 FEB: Sebanyak 39 daripada 131 pendatang asing tanpa izin yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor di sini pada Khamis lepas, telah ditahan setakat 8 malam ini.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Mohd Naim Asnawi berkata jumlah berkenaan termasuk 32 orang yang ditahan dalam operasi hari ini.

Beliau berkata berkata melalui operasi antara 6 pagi hingga 12.30 tengah hari tadi, pihak polis telah menahan tiga lelaki Rohingya di sekitar Kampung Batu Melintang dan ladang kelapa sawit di Kampung Senta, di sini.

Menurutnya pada 12.30 tengah hari juga, empat lagi lelaki Rohingya ditahan di kawasan hutan Bidor, manakala seorang lelaki warga Bangladesh dan sembilan lelaki Rohingnya ditahan di Bukit Tapah berhampiran Kampung Sungai Kenoh antara 2 hingga 3 petang.

“Sebanyak 13 lagi lelaki Rohingya ditahan di Kampung Senta dan seorang ditahan di Kampung Pos Gedong, Bidor,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Naim berkata polis turut menahan seorang lelaki warga Rohingya pada 7.25 petang tadi di Kampung Bermin, di sini.

“Kesemua penahanan dibuat oleh polis dan hasil maklumat orang ramai. Polis percaya masih ramai tahanan yang lolos itu berada di hutan serta kampung sekitar kawasan Tapah dan Bidor,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dilapor berkata 37 tahanan berjaya diberkas setakat 6 petang tadi.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619