AGENDA

37 pendatang asing tanpa izin berjaya ditahan takat 6 petang ini

3 Feb 2024, 11:50 AM
37 pendatang asing tanpa izin berjaya ditahan takat 6 petang ini

TAPAH, 3 FEB: Seramai 37 pendatang asing tanpa izin yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor di sini Khamis lalu, berjaya ditahan setakat 6 petang ini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata operasi petang ini berjaya menemukan 13 tahanan yang bersembunyi di sebuah ladang di penempatan Orang Asli Kampung Senta di sini.

Beliau berkata semua tahanan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.

Terdahulu, pada sidang media pagi tadi Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata 10 tahanan warga asing tersebut telah ditahan.

Beliau berkata mereka ditahan selepas masing-masing mula keluar disebabkan ada keperluan untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman daripada penduduk kampung termasuk di masjid.

Pada Khamis, 131 tahanan terdiri dari etnik Rohingya, warga Myanmar dan Bangladesh melarikan dari Depot Imigresen Sementara Bidor dalam kejadian pada 9.50 malam.

Semua tahanan itu merusuh dengan merosakkan pagar depot sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 335 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619