AGENDA

Dua maut, dua parah kemalangan kereta di Kota Tinggi

1 Feb 2024, 8:25 AM
Dua maut, dua parah kemalangan kereta di Kota Tinggi

JOHOR BAHRU, 1 FEB: Dua beradik maut, dua lagi parah termasuk kanak-kanak lelaki lima tahun dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kota Tinggi ke Penawar berhampiran Felda Air Tawar 3, dekat Kota Tinggi, pagi tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi Mohd Syukri Mohd Yusof berkata dua mangsa yang juga adik beradik berusia 22 dan 36 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mereka tersepit di dalam Proton Wira dan dua lagi mangsa di dalam kereta sama termasuk kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, dipercayai ahli keluarga mangsa yang meninggal dunia itu, parah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan 10.33 pagi melibatkan kemalangan kenderaan jenis Toyota Hilux dan Proton Wira membabitkan lima mangsa dan mengerahkan sebuah Fire Rescue Tender (FRT) bersama tujuh anggota ke lokasi.

Mohd Syukri berkata warga emas dan kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kota Tinggi manakala pemandu Toyota Hilux tidak cedera.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619