AGENDA

Simpanan RM115,000 lesap terperdaya pulangan mewah pelaburan bitcoin

1 Feb 2024, 2:59 AM
Simpanan RM115,000 lesap terperdaya pulangan mewah pelaburan bitcoin

SEREMBAN, 1 FEB: Seorang warga emas kerugian RM115,000 apabila wang simpanannya lesap akibat terperdaya dengan pelaburan bitcoin menerusi platform Accerx yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata suri rumah berusia awal 60-an itu tertarik dengan pelaburan melalui Accerx selepas melihat iklan di Facebook dan telah berurusan dengan individu melalui aplikasi WhatsApp pada pertengahan Disember tahun lepas.

“Wanita itu membuat enam transaksi pemindahan wang secara dalam talian kepada lima akaun berbeza sejak 19 Dis 2023 hingga 12 Jan lepas, keseluruhan berjumlah RM115, 000 bagi tujuan modal pelaburan menggunakan wang simpanannya.

“Mangsa mendapati pulangan pelaburan tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun aplikasi Accerx miliknya, namun ia gagal dikeluarkan kerana masih perlu membuat pembayaran tambahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa yang menyedari telah diperdaya, membuat laporan polis pada 26 Jan lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619