AGENDA

MB merafak sembah tahniah Sultan Ibrahim sebagai Agong ke-17

31 Jan 2024, 7:52 AM
MB merafak sembah tahniah Sultan Ibrahim sebagai Agong ke-17

SHAH ALAM, 31 JAN: Dato' Menteri Besar merafak sembah tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Sultan Ibrahim hari ini melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara.

Dato' Seri Amirudin Shari turut mendoakan kedua-dua Seri Paduka Baginda dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan untuk memerintah negara agar terus makmur dan sejahtera.

"Sembah takzim daripada patik selaku ahli parlimen Gombak dan mewakili pentadbiran serta Kerajaan Selangor," tulisnya di Facebook.

Turut melafaz sumpah memegang jawatan hari ini ialah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Ibrahim dan Sultan Nazrin Shah dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara, pada Oktober lepas bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619