AGENSI

Orang ramai diminta waspada, Hijrah tidak lantik ejen urus skim pembiayaan peribadi

30 Jan 2024, 11:30 AM
Orang ramai diminta waspada, Hijrah tidak lantik ejen urus skim pembiayaan peribadi

SHAH ALAM, 30 JAN : Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) tidak pernah melantik ejen untuk menguruskan permohonan skim pembiayaan peribadi di bawah agensi itu.

Agensi itu memaklumkan orang ramai diminta berwaspada dan diminta menghubungi ibu pejabat Hijrah menerusi talian 03-5523 3611 atau hadir ke cawangan berdekatan jika terdapat keraguan mengenainya.

"Hijrah tidak pernah melantik mana-mana ejen bagi menguruskan permohonan skim pembiayaan Hijrah Selangor kecuali menerusi rakan strategik dan syarikat peneraju lantikan sah," jelasnya di Facebook.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi ibu pejabat Hijrah Selangor menerusi talian 03-5523 3611.

Maklumat berhubung pembiayaan Hijrah Selangor juga boleh dilayari menerusi pautan berikut https://www.hijrahselangor.com/risalah-skim-hijrah.../.

Sejak penubuhannya pada 2015,  agensi tersebut menyediakan bantuan modal kepada mereka yang mahu berniaga secara kecil-kecilan atau mengembangkan perniagaan.

Pembiayaan yang ditawarkan Hijrah ialah skim i-Bisnes, skim i-Bermusim, skim Niaga Darul Ehsan (NaDI), skim Go Digital dan skim Zero To Hero.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619