AGENSI

MBI peruntuk RM4 juta teruskan program Ihya Ramadan tahun ini

30 Jan 2024, 12:00 AM
MBI peruntuk RM4 juta teruskan program Ihya Ramadan tahun ini

PETALING JAYA, 30 JAN: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk RM4 juta bagi meneruskan program Ihya Ramadan tahun ini, kata ketua tanggungjawab sosial korporatnya.

Ahmad Azri Zainal Nor menjelaskan program tahunan bagi menyemarakkan bulan suci umat Islam itu termasuk sumbangan kepada masjid dan surau, edaran juadah berbuka puasa dan bubur lambuk.

"Kita juga anjurkan beberapa program lain termasuk majlis iftar bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari,” katanya selepas menyerahkan bantuan kepada mangsa kebakaran di sini semalam.

Sebelum itu, wakil rakyat Kota Damansara Izuan Kasim mewakili MBI menyerahkan sumbangan tunai kepada mangsa simbah asid Nadia Fasha Qistina Azman Shah di kediamannya di Kota Damansara.

Keseluruhannya, MBI menyerahkan bantuan bencana bernilai RM13,000 kepada mangsa simbah asid, pokok tumbang dan kebakaran.

Dalam pada itu, Ahmad Azri memaklumkan MBI akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa bagi meneliti kaedah bersesuaian untuk sumbangan kembali ke sekolah, Februari depan.

“Bantuan kali ini akan teliti dua bentuk penyampaian sama ada beri tunai RM100 atau kelengkapan sekolah. Keputusan akan ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa awal bulan depan,” ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619