AGENDA

Bas Rapid KL terbakar, semua penumpang selamat

29 Jan 2024, 9:15 AM
Bas Rapid KL terbakar, semua penumpang selamat
Bas Rapid KL terbakar, semua penumpang selamat

KUALA LUMPUR, 29 JAN: Sebuah bas Rapid KL yang membawa enam penumpang berdepan detik cemas apabila kenderaan itu terbakar di hadapan sebuah pusat membeli belah di Jalan Ampang, di sini, hari ini.

Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bas laluan Taman Mulia Jaya menghala Lebuh Ampang itu terbakar pada jam 10.52 pagi.

“Kejadian disedari kapten bas yang melihat asap dari bahagian belakang bas sebelum memberhentikan kenderaan untuk menurunkan penumpang dan mengawal kebakaran daripada merebak menggunakan alat pemadam api.

“Kapten bas dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada kerosakan pada harta benda awam dilaporkan serta bas terbabit ditunda ke depoh pada 12.08 tengah hari tadi,” menurut kenyataan itu.

Rapid Bus turut memohon maaf kepada penumpang yang terjejas akibat kejadian terbabit dan akan memberikan kerjasama dengan polis bagi menjalankan siasatan sepenuhnya bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Keramat, Penguasa Bomba Kanan II, Mohd Fahbell Md Yasin berkata seramai sembilan anggota digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati bahagian belakang bas terbabit terbakar 50 peratus.

“Kebakaran dipadam sepenuhnya pada jam 11.07 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.

-- BERNAMA

[caption id="attachment_626111" align="aligncenter" width="693"] Anggota bomba memadam kebakaran Bas Rapid KL terbakar di Jalan Ampang pada 29 November 2024. Foto Balai Bomba dan Penyelamat Keramat[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619