ADN

Anjur jualan murah lebih kerap, bantu penduduk B40 DUN Kota Kemuning

27 Jan 2024, 7:29 AM
Anjur jualan murah lebih kerap, bantu penduduk B40 DUN Kota Kemuning
Anjur jualan murah lebih kerap, bantu penduduk B40 DUN Kota Kemuning
Anjur jualan murah lebih kerap, bantu penduduk B40 DUN Kota Kemuning

SHAH ALAM, 27 JAN: Wakil rakyat Kota Kemuning berhasrat menganjur Jualan Ehsan Rahmah (JER) lebih kerap bagi membantu penduduk kurang berkemampuan.

Menurut S Preakas, sambutan penduduk juga sangat memberangsangkan di setiap lokasi jualan murah di DUN berkenaan.

[caption id="attachment_618164" align="aligncenter" width="745"] Ahli Dewan Negeri Kota Kemuning S Preakas. Foto Facebook Preakas Sampunathan[/caption]

“Saya berhasrat membawa JER ke DUN Kota Kemuning sekurang-kurangnya setiap bulan kerana ia amat bagus dan ramai penduduk yang perlu dibantu.

“Di Kota Kemuning, kita kerap juga adakan jualan murah sejak ia mula diperkenalkan. Untuk tahun ini, jualan murah ini adalah kali kedua dijalankan,” katanya.

Terdahulu beliau meluangkan masa bertemu penduduk dan meninjau jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Jalan Bukit Kemuning di sini.

Sementara itu, penyelaras jualan PKPS Mikael Haikal Amir Iskandar berkata pihaknya julung kali membawa produk baharu iaitu kicap istimewa dan lemak manis di JER.

Menurutnya produk bawah jenama Ehsan itu dijual pada harga hanya RM3.50 sebotol dengan berat masing-masing 450gram.

[caption id="attachment_625745" align="aligncenter" width="807"] Penyelaras jualan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Mikael Haikal Amir Iskandar memperkenalkan kicap istimewa dan kicap lemak manis bawah jenama Ehsan di Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Jalan Bukit Kemuning, Shah Alam pada 27 Januari 2024. Foto SOFIA NASIR/SELANGORKINI[/caption]

“Kedua-dua kicap ini pernah dijual tahun lalu namun dihentikan sementara selama beberapa bulan atas pelbagai faktor.

“PKPS mengeluarkan semula produk kicap ini bagi memenuhi permintan serta membantu orang ramai mendapatkan kicap pada harga lebih murah dan berpatutan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619