AGENSI

52 karya seni kontemporari dipamer di Galeri Shah Alam bermula esok

27 Jan 2024, 3:00 AM
52 karya seni kontemporari dipamer di Galeri Shah Alam bermula esok
52 karya seni kontemporari dipamer di Galeri Shah Alam bermula esok

SHAH ALAM, 27 JAN: Sebanyak 52 karya seni kontemporari dipamer di Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2023 (PTGSA23) yang berlangsung selama sebulan mulai esok.

Pengarahnya Badrul Kahar Mohd Yusof berkata pihaknya menerima 166 penyertaan daripada seluruh negara dan hanya 52 karya seni terpilih untuk dipamer kepada umum.

"Sebanyak empat kategori karya utama diperkenalkan dalam PTGSA23 kali ini iaitu gabungan tema luas, naratif sosiobudaya hingga eksplorasi rohani menerusi pelbagai medium seperti karya 2D dan 3D serta media baru.

"Semua penyertaan yang dipamerkan di Galeri Shah Alam adalah karya seni terkini dihasilkan oleh 52 peserta sepanjang tahun 2023,",katanya menerusi kenyataan.

Menurut Badrul Kahar, pihaknya mempelawa penggemar seni dan masyarakat umum berkunjung dan melihat sendiri keunikan dan hasil kreatif pengkarya di pameran tersebut.

Menjangkau usia lebih 30 tahun penganjuran, beliau berkata PTGSA berjaya mengetengah bakat karyawan seni visual baharu khususnya pelukis muda dalam membina karier menerusi seni kontemporari.

"Dengan kejayaan ini kita berhasrat untuk mengembangkan lokasi pameran bagi menampung minat dan penyertaan yang berkembang dalam seni kontemporari Malaysia," ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619