AGENDA

Kongsi aktiviti anak di media sosial undang risiko jenayah seksual

25 Jan 2024, 12:37 PM
Kongsi aktiviti anak di media sosial undang risiko jenayah seksual

KUALA LUMPUR, 25 JAN: Perkongsian ibu bapa mengenai aktiviti harian anak mereka seperti gambar dan daftar masuk lokasi secara terbuka di media sosial boleh mengundang risiko kepada perlakuan jenayah seksual.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) JSJ Bukit Aman ACP Siti Kamsiah Hassan berkata maklumat berkenaan menarik pelaku seksual terutama golongan pedofilia untuk merancang perbuatan jenayah.

“Berhati-hati apabila membuat sebarang hantaran kerana impak daripada sekeping gambar boleh membawa kepada jenayah seperti pemerasan seks.

“Bagi yang memasuki alam remaja berusia 12 dan 13 tahun, mereka ini sudah boleh keluar rumah tanpa kawalan dan berjumpa dengan pelaku dan ini membawa kepada kes rogol, amang seksual dan lain-lain...semua ini hanya bermula daripada hantaran di media sosial,” katanya ketika menjadi tetamu pada program ‘Apa Khabar Malaysia’ terbitan Bernama TV hari ini.

Siti Kamsiah berkata ibu bapa seharusnya mengawal penggunaan dan perkongsian aktiviti anak-anak di media sosial, selain perlu menjadi individu yang paling dipercayai oleh anak-anak untuk berkongsi masalah.

Jelasnya, ini kerana anak-anak yang sedang meningkat remaja berpotensi diumpan seorang pedofilia yang kononnya bersedia berkongsi masalah dengan mereka.

Dalam pada itu, Siti Kamsiah berkata berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, kes jenayah seksual mencatatkan peningkatan 15 peratus pada tahun lepas berbanding 9.6 peratus pada 2022.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619