AGENSI

Kunjungan UFDK ke Unisel tingkat kerjasama antarabangsa, khidmat kesihatan awam

25 Jan 2024, 12:09 PM
Kunjungan UFDK ke Unisel tingkat kerjasama antarabangsa, khidmat kesihatan awam
Kunjungan UFDK ke Unisel tingkat kerjasama antarabangsa, khidmat kesihatan awam

SHAH ALAM, 25 JAN: Universiti Selangor (Unisel) terima lawatan kerja daripada delegasi Universitas Fort De Kock (UFDK) Bukit Tinggi, Indonesia, semalam.

Delegasi diketuai Rektor UFDK Dr Evi Hasnita itu disambut meriah Unisel pada satu majlis di Bilik Mesyuarat Senat, Unisel kampus Shah Alam.

Pengarah Komunikasi Korporat Unisel berkata kehadiran delegasi itu adalah hasil lawatan Unisel ke universiti tersebut awal tahun lalu.

[caption id="attachment_625440" align="aligncenter" width="739"]
Delegasi Universitas Fort De Kock (UFDK) Bukit Tinggi, Indonesia melakukan lawatan kerja ke Universiti Selangor kampus Shah Alam pada 24 Januari 2024. Foto Facebook Universiti Selangor[/caption]

“Tujuan utama lawatan ini meliputi aspek kerjasama antarabangsa berkenaan pengurusan dan perkhidmatan kesihatan awam.

“Semoga kerjasama ini semakin erat dan program promosi penjagaan kesihatan dapat dipertingkatkan terutama berkaitan dengan Fakulti Sains Kesihatan (FSK),” kata Hasril Abu Hassan menerusi Facebook.

Pada majlis sama, Unisel turut menganjurkan syarahan bertajuk ‘Application of Artificial Intelligence (AI) in Detecting Atherosclerosis’ yang disampaikan Pensyarah FSK Dr Mardhiyati Mohd Yunus.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619