AGENSI

Luas aktifkan kod kuning siasat bau seakan diesel di Sungai Gong

25 Jan 2024, 10:10 AM
Luas aktifkan kod kuning siasat bau seakan diesel di Sungai Gong

SHAH ALAM, 25 JAN: Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengaktifkan kod kuning di Sungai Gong, Rawang berikutan penemuan kesan dan bau seakan diesel di sungai terbabit hari ini.

Dalam kenyataan di Facebook, agensi itu memaklumkan tindakan mengikut Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air untuk siasatan menyeluruh serta pencegahan atau mitigasi segera.

Menurut syarikat itu, pencegahan awal segera dibuat dengan meletakkan perangkap minyak (oil boom) di aliran sungai berkenaan bagi mengumpulkan kesan minyak tersebut.

"Luas juga meningkatkan kekerapan pemantauan di lokasi kepada setiap 30 minit sebagai langkah pemerhatian rapi," jelas agensi berkenaan.

Syarikat itu menambah langkah mitigasi siap untuk dilaksanakan merangkumi pengepaman air mentah dan pembukaan pintu baraj bagi mempercepat aliran tercemar melepasi muka sauk.

Jelasnya, jarak antara lokasi penemuan bau ke loji rawatan air (LRA) terhampir iaitu LRA Rantau Panjang adalah 16.15km dan keadaan terkawal serta tiada permasalahan setakat ini.

"Luas sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kesan minyak tersebut dan tindakan pembersihan segera di lokasi," kata agensi itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619