ad
AGENSI

Taman eko rimba, aktiviti pendakian dibuka semula 1 Februari

25 Jan 2024, 4:37 AM
Taman eko rimba, aktiviti pendakian dibuka semula 1 Februari
Taman eko rimba, aktiviti pendakian dibuka semula 1 Februari

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 25 JAN: Taman eko rimba termasuk aktiviti pendakian bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dibuka semula kepada orang ramai bermula 1 Februari.

Menerusi poster di Facebook, pembukaan semula taman eko itu membabitkan enam lokasi iaitu Sungai Tua, Sungai Sendat, Sungai Tekala, Komanwel, Kota Damansara dan Gunung Nuang.

Arahan dikeluarkan pengarah jabatan itu turut memaklumkan jalur pendakian membabitkan tiga daerah iaitu Hutan Hulu Selangor, Hutan Pantai Klang dan Hutan Selangor Tengah.

"Pembukaan semula taman eko rimba dan aktiviti pendakian bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor bermula 1 Februari 2024.

"Segala maklumat boleh tengok poster di bawah dan sebarang pertanyaan boleh hubungi ibu pejabat

JPNS di talian 03-55447507," maklum jabatan itu.

Bermula November tahun lalu hingga 31 Januari ini, JPNS menutup semua aktiviti di taman eko rimba dan laluan pendakian bawah pengurusannya berikutan musim tengkujuh.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.