AGENDA

Restoran berputar Menara KL diganti, mula operasi 29 Januari

24 Jan 2024, 12:30 PM
Restoran berputar Menara KL diganti, mula operasi 29 Januari

KUALA LUMPUR, 24 JAN: Restoran berputar ARAS yang terletak pada ketinggian 282 meter dari aras tanah di Menara Kuala Lumpur di sini akan mula beroperasi pada 29 Jan ini.

Menara Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan ARAS diurus oleh MKL Cuisine Sdn Bhd, yang merupakan anak syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd.

ARAS akan menggantikan Restoran Atmosphere 360 yang diarah menghentikan operasi susulan perintah pengosongan premis oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 22 Dis lepas.

Menurut kenyataan itu, restoran baharu berkenaan bersedia untuk menjadi destinasi kulinari utama di ibu kota seterusnya menjanjikan pengalaman makan yang unik dengan menu gabungan disesuaikan bagi memenuhi cita rasa tempatan dan antarabangsa.

Harga bufet yang ditawarkan pada Isnin hingga Khamis bagi dewasa ialah RM199 dan kanak-kanak RM119 manakala hujung minggu atau cuti umum menyaksikan harga untuk dewasa ialah RM249 dan RM149 bagi kanak-kanak, dengan kemasukan secara percuma ke pelantar pemandangan.

Bagi mendapatkan slot di ARAS, orang ramai boleh membuat tempahan dengan menghubungi 011-2888 2020 atau e-mel kepada booking@aras.kltower.com.my

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619