AGENDA

Tayar depan pesawat latihan tertanggal ketika mendarat, tiada kecederaan

23 Jan 2024, 3:15 PM
Tayar depan pesawat latihan tertanggal ketika mendarat, tiada kecederaan

MELAKA, 23 JAN: Tayar depan sebuah pesawat latihan jenis Piper PA-28-181 dilaporkan tertanggal dipercayai akibat gagal mendarat dengan baik di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di sini, petang tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian pada 3.07 petang itu.

“Pesawat latihan dengan nombor pendaftaran 9M-ITX yang dikendalikan oleh International Aero Training Academy (IATAC) itu dipercayai gagal mendarat dengan baik hingga menyebabkan tayar hadapannya tertanggal.

“Insiden ini melibatkan seorang juruterbang pelatih dan beliau dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata pesawat ringan berkenaan telah dialihkan dari landasan pada 3.35 petang dan dibawa ke hangar berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya lapangan terbang itu kembali beroperasi pada 4.12 petang selepas semua pemeriksaan keselamatan selesai dilakukan.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit mengesahkan menerima laporan berkaitan insiden tersebut petang tadi.

Bagaimanapun, katanya tiada siasatan dibuka oleh polis dan kes berkenaan dirujuk ke agensi berkaitan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619