AGENSI

Pelajar UPM guna teknologi AI bantu umat Islam dalami al-Quran

23 Jan 2024, 6:00 AM
Pelajar UPM guna teknologi AI bantu umat Islam dalami al-Quran

SHAH ALAM, 23 JAN: Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) membangunkan aplikasi mobil berteraskan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memudahkan umat Islam mendalami al-Quran.

Pengarah Program Kolokium Digital Multimedianya berkata program dengan kerjasama Telaga Biru dan Telaga Biru Digital Sdn Bhd menjadi penanda aras baharu untuk penerbitan melalui teknologi.

"Ia memudahkan orang ramai mendapat maklumat lebih tepat menerusi pembacaan hasil kandungan yang menggunakan teknologi AI,” kata Prof Dr Rahmita Wirza O.K Rahmat di Facebook.

Sementara itu, penuntut Bacelor Sains Komputer (Pengkomputeran Multimedia) Siti Nurnajihah Noor Faizam berkata aplikasi yang dibangunkannya menceritakan kisah gajah dalam surah al-Fil sebagai iktibar.

"Lepas tamat belajar saya harap dapat bantu kanak-kanak dan golongan muda menghayati dan memahami kisah teladan dalam al-Quran menggunakan teknologi AI," katanya.

Seorang lagi penuntut dalam bidang sama Muhammad Hakim Zulkhainain berkata aplikasi berkenaan turut memperincikan kisah surah al-'Asr yang menekankan masa dalam kehidupan seharian manusia.

"Saya harap aplikasi yang dibangunkan ini membantu kanak-kanak dan golongan muda untuk lebih berminat mendalami surah-surah lazim al-Quran," katanya.

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619