AGENDA

Polis trafik tular boncengkan warga emas dapat sijil penghargaan

22 Jan 2024, 10:00 AM
Polis trafik tular boncengkan warga emas dapat sijil penghargaan

KOTA BHARU, 22 JAN: Niat murni seorang anggota polis trafik Konstabel Muhammad Zulhairie Nayan, 28, memboncengkan wanita warga emas dari Jalan Merbau di sini, ke Masjid Muhammadi mendapat penghargaan pimpinan tertinggi polis Kelantan.

Muhammad Zulhairie berkata sebelum itu, beliau melihat warga emas berusia 70-an berkenaan berjalan seorang diri untuk melintas jalan.

"Saya mendekati wanita itu yang memaklumkan mahu ke Masjid Muhammadi dalam jarak kira-kira satu kilometer (km).

"Saya membantu wanita itu kerana melihat dirinya sudah berumur dan berjalan seorang diri," katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima sijil penghargaan pada Majlis Penyampaian Pangkat Sempena Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini.

Video berdurasi 27 saat memaparkan tindakan Muhammad Zulhairie yang berasal dari Gerik, Perak tular dalam laman Facebook pada 17 Jan lepas, sehingga mendapat reaksi positif daripada pengguna media sosial yang memuji sikap mulia anggota polis berkenaan.

Muhammad Zulhairie yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu berkata ketika kejadian, beliau sedang bertugas membuat rondaan di sekitar kawasan itu.

"Tidak terlintas dalam fikiran saya tindakan itu akan menjadi tular kerana bagi saya, ia perkara biasa sebagai seorang anggota polis membantu masyarakat," katanya.

Sementara itu, Muhamad Zaki berkata tindakan anggota berkenaan harus dipuji kerana membantu masyarakat tanpa mengira keadaan.

"Semua pegawai dan anggota disyorkan berbuat demikian kerana ia satu perbuatan yang mulia serta menunjukkan bahawa pasukan polis sentiasa bersedia untuk membantu masyarakat," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619