AGENDA

Sistem kesihatan musnah, kanak-kanak di Gaza berdepan ancaman wabak

22 Jan 2024, 9:30 AM
Sistem kesihatan musnah, kanak-kanak di Gaza berdepan ancaman wabak

GAZA, 22 JAN: Wabak penyakit mula merebak dengan cepat dalam kalangan penduduk Gaza, terutama kanak-kanak apabila hampir keseluruhan infrastruktur di wilayah itu termasuk sistem penjagaan kesihatan musnah akibat serangan Israel.

Rakyat Palestin yang terpaksa meninggalkan rumah mereka dan berhijrah ke kem di wilayah selatan cuba bertahan tanpa keperluan asas, terutama tempat perlindungan, lapor Agensi Anadolu.

Wabak penyakit menular berikutan kekurangan makanan dan peralatan kebersihan serta air kotor.

Pakar berkata jika gencatan senjata tidak dicapai dan bantuan kemanusiaan tidak sampai ke wilayah itu, beribu-ribu penduduk mungkin mati akibat pelbagai penyakit, terutama wabak.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, serangan Israel telah menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang teruk.

Lebih 60 peratus infrastruktur di wilayah itu juga rosak atau musnah.

Israel melancarkan serangan maut di Semenanjung Gaza pada 7 Okt, membunuh sekurang-kurangnya 25,105 rakyat Palestin dan mencederakan 62,681 yang lain.

-- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619