AGENDA

Situasi banjir di Segamat tidak berubah, 43 mangsa masih di PPS

22 Jan 2024, 1:36 AM
Situasi banjir di Segamat tidak berubah, 43 mangsa masih di PPS

KUALA LUMPUR, 22 JAN: Situasi banjir di Segamat, Johor tidak berubah dengan 43 mangsa daripada 12 keluarga masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 6 pagi ini, menurut laporan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Nadma dalam laporan tersebut turut memaklumkan tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai berada pada paras bahaya yang menunjukkan trend meningkat iaitu Sungai Johor di Kota Tinggi, Johor, Sungai Kedah (Kota Setar, Kedah) dan Sungai Arau (Arau, Perlis).

Sungai Terengganu di Hulu Terengganu, Terengganu turut berada pada paras bahaya manakala Sungai Jemaluang (Mersing, Johor) dan Sungai Duyong (Jasin, Melaka) direkodkan berada pada tahap amaran.

Sebanyak 17 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak dan cerun runtuh antaranya Jalan Boh di Cameron Highlands, Pahang, Jalan Lingkaran Kahang Barat di Kluang, Johor dan Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu.

Menurut Nadma, Lebuhraya Kuantan-Segamat di Pekan, Pahang pula dijangka ditutup sehingga 28 Januari akibat jalan mendap dan Jalan Raya Timur-Barat di Hulu Perak, Perak buat masa ini hanya dibuka satu lorong akibat cerun runtuh.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619