AGENSI

Jualan Ehsan Rahmah bantu jimat belanja, kurang beban keluarga

21 Jan 2024, 5:49 AM
Jualan Ehsan Rahmah bantu jimat belanja, kurang beban keluarga
Jualan Ehsan Rahmah bantu jimat belanja, kurang beban keluarga
Jualan Ehsan Rahmah bantu jimat belanja, kurang beban keluarga
Jualan Ehsan Rahmah bantu jimat belanja, kurang beban keluarga
Jualan Ehsan Rahmah bantu jimat belanja, kurang beban keluarga

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 21 JAN: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) memudahkan penduduk khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan warga emas mendapatkan keperluan asas.

Penghantar barang Mahathir Mohd Hilal, 42, bersyukur kerana berpeluang berbelanja di jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu.

“Golongan berpendapatan rendah seperti saya sangat memerlukan jualan murah seperti ini kerana tawaran harga murah dan produk berkualiti.

[caption id="attachment_624682" align="aligncenter" width="691"] Mahathir Mohd Hilal, 42. Pengunjung Jualan Ehsan Rahmah (JER) DUN Batu Tiga, Foto NAS NORZIELA NASBAH/SELANGORKINI[/caption]

“Beras berkualiti dijual RM13, ia mengurangkan perbelanjaan kami sekeluarga,” katanya ditemui dalam program JER DUN Batu Tiga di Masjid Al-Ubudiyyah Seksyen 19, di sini hari ini.

Bagi Nurhaslinda Jailan, 24, dia yang berbelanja untuk kali pertama di JER sangat membantu terutama memberi penjimatan.

“Saya duduk di asrama kerana keluarga tinggal di Johor.

[caption id="attachment_624683" align="aligncenter" width="739"] Nur Haslinda Jailan, 24. Pengunjung Jualan Ehsan Rahmah (JER) DUN Batu Tiga, Foto NAS NORZIELA NASBAH/SELANGORKINI[/caption]

“Perbelanjaan perlu dilakukan secara berhemah, saya lega kerana dapat berjimat kerana berbelanja keperluan asas tidak sampai RM100,” katanya.

Warga emas, Nor Liza Abu Kassim, 65, berkata jualan murah itu dapat mengurangkan bebannya yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Apabila adanya jualan murah ini di sekitar rumah saya tidak ketinggalan membeli keperluan asas walaupun terpaksa menumpang kereta jiran.

[caption id="attachment_624684" align="aligncenter" width="734"] Nor Liza Abu Kassim,65. Pengunjung Jualan Ehsan Rahmah (JER) DUN Batu Tiga, Foto NAS NORZIELA NASBAH/SELANGORKINI[/caption]

“Asalkan dapat beli barang murah saya sangat lega. Sekurang-kurangnya perbelanjaan keperluan asas seperti telur, beras dan ayam sudah ada di rumah untuk seminggu,” katanya.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM13).

Selain menganjurkan JER di lokasi terpilih setiap hari kecuali Jumaat dan cuti umum, PKPS turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Segi Fresh bagi memperluas capaian kepada penduduk setempat.

Sebelum ini, PKPS memaklumkan JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Tahun lalu PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023 berikutan kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book Records( MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS

[caption id="attachment_624689" align="aligncenter" width="691"] Pengunjung memilih pelbagai barangan asas yang dijual murah di Jualan Ehsan Rahmah (JER) DUN Batu Tiga di Masjid Al-Ubudiyyah Seksyen 19, Shah Alam pada 21 Januari 2024. Foto NAS NORZIELA NASBAH/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619