AGENDA

Lelaki ditemukan maut dalam kebun durian, dua rakan ditahan

21 Jan 2024, 1:41 AM
Lelaki ditemukan maut dalam kebun durian, dua rakan ditahan

KUANTAN, 21 JAN: Lelaki warganegara Myanmar ditemukan maut dengan kesan kecederaan pada beberapa anggota badan di dalam kebun durian di Jalan Air Terjun Chamang, Bentong semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan penemuan mayat lelaki berusia 29 tahun dan bekerja di kebun durian itu, pada 5 pagi.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan dua lelaki yang merupakan rakan senegara mangsa iaitu seorang berusia 26 tahun di kawasan kebun durian terbabit manakala seorang lagi berusia 31 tahun ditangkap ketika cuba melarikan diri di lokasi berhampiran, bagi membantu siasatan.

"Mereka juga bekerja di kebun durian dan pemeriksaan mendapati seorang daripada lelaki ditahan mempunyai beberapa kesan kecederaan dipercayai akibat pergelutan.

"Polis turut merampas sebilah parang dan pisau dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan.

Zaiham berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong ASP Faizal Abdullah menerusi talian 012-4834439 bagi membantu siasatan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619