PBT

MPS catat lebihan pendapatan RM63.25 juta pada 2023

20 Jan 2024, 7:41 AM
MPS catat lebihan pendapatan RM63.25 juta pada 2023
MPS catat lebihan pendapatan RM63.25 juta pada 2023

GOMBAK, 20 JAN: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memperolehi lebihan kutipan pendapatan RM63.25 juta, pada tahun lalu.

Yang dipertuanya berkata MPS memperoleh kutipan hasil RM249 juta, berbanding anggaran hasil RM199.9 juta.

“Prestasi kedudukan kewangan MPS sehingga 31 Disember 2023 menunjukkan angka pencapaian yang baik iaitu lebihan pendapatan atau surplus RM63.25 juta.

[caption id="attachment_624536" align="aligncenter" width="866"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Dato' Mohd Yazid Sairi berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Perbandaran Selayang 2023 di Setia Eco Templer, Gombak pada 19 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Ia mengatasi rekod lebihan pendapatan RM51.2 juta dalam tempoh sama pada 2022,” kata Dato’ Mohd Yazid Sairi ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPS 2023, di Setia Eco Templer di sini semalam.

Pada masa sama, Mohd Yazid menambah sejumlah RM109.12 juta cukai taksiran semasa dikutip tahun lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619