AGENSI

Juwairiya kini timbalan pengerusi LPPKN, tumpu sebar luas manfaat agensi

20 Jan 2024, 7:35 AM
Juwairiya kini timbalan pengerusi LPPKN, tumpu sebar luas manfaat agensi

SHAH ALAM, 20 JAN: Pelbagai program kemasyarakatan bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan disebar luas bagi manfaat ramai, kata timbalan pengerusinya.

Baharu menggalas jawatan itu, Juwairiya Zulkifli komited memastikan kemudahan yang disediakan agensi berkenaan sampai kepada golongan sasar untuk membentuk keluarga yang sejahtera.

Mantan Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati itu bersama pasukannya juga akan lebih kerap turun padang untuk menguar-uarkan kepada masyarakat berhubung inisiatif yang dilaksanakan.

"Adakalanya terdapat segelintir masyarakat tidak tahu wujudnya klinik subfertiliti bawah LPPKN bagi membantu pasangan berusaha mendapatkan cahaya mata dengan kadar murah berbanding swasta .

“Kita juga ada pusat keluarga Klinik Nur Sejahtera dan perkhidmatan Mama Care iaitu penjagaan wanita selepas bersalin. Ini antara yang akan disebarluaskan supaya lebih ramai tahu,” katanya.

Juwairiya menambah LPPKN juga akan membuat laporan pada setiap 10 tahun, yang akan dibentang November tahun ini berhubung kadar pertumbuhan rakyat Malaysia.

Beliau menjelaskan laporan berkenaan penting sebagai rujukan semua pihak termasuk agensi dan kementerian berkaitan dalam membentuk dasar tertentu pada masa depan.

“Setiap 10 tahun agensi ini memang akan mengeluarkan laporan yang menumpukan keibubapaan dan kekeluargaan, kebetulan tahun ini sudah tiba masa kita keluarkan laporan baharu," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619