AGENDA

Peragut miliki 25 rekod jenayah ditangkap lepas dikejar anak mangsa

19 Jan 2024, 2:30 PM
Peragut miliki 25 rekod jenayah ditangkap lepas dikejar anak mangsa

KUALA LUMPUR, 19 JAN: Seorang penjenayah tegar yang mempunyai 25 rekod jenayah antara dua lelaki yang ditahan selepas meragut seorang wanita di hadapan rumah mangsa di Jalan Intan Batu 3 Shah Alam, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, wanita berkenaan didatangi empat lelaki yang menaiki dua motosikal sebelum seorang daripada mereka meragut rantai lehernya.

Beliau berkata kejadian itu disedari oleh anak lelaki mangsa yang mengejar kumpulan berkenaan dengan menunggang motosikal dan dengan bantuan orang ramai berjaya menahan seorang daripada suspek iaitu lelaki berusia 33 tahun, di susur masuk Jalan Utara berhampiran Lebuhraya Persekutuan.

“Siasatan terhadap lelaki berkenaan mendapati dia mempunyai sebanyak 25 rekod jenayah, lima rekod dadah dan empat rekod dikehendaki membabitkan kes dadah, polis turut menemukan rantai leher yang diragut pada lelaki berkenaan dianggarkan bernilai RM3,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Wan Azlan hasil siasatan lanjut terhadap suspek membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 30 tahun semalam yang turut terlibat dalam jenayah itu.

“Suspek pertama yang positif dadah jenis syabu telah dituduh pada hari ini di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan sementara suspek kedua direman sehingga 23 Jan ini,” katanya.

Wan Azlan berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu serta dua lagi suspek yang masih bebas diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619