PBT

MBSJ sasar kutipan hasil meningkat lima peratus kepada RM331 juta tahun ini

19 Jan 2024, 12:37 AM
MBSJ sasar kutipan hasil meningkat lima peratus kepada RM331 juta tahun ini
MBSJ sasar kutipan hasil meningkat lima peratus kepada RM331 juta tahun ini

SUBANG JAYA, 19 JAN: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyasarkan kutipan hasil tahun ini meningkat lima peratus berikutan peningkatan dicatat tahun lalu.

Datuk Bandar Subang Jaya Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata sasaran tahun lalu RM315 juta namun MBSJ berjaya mengutip RM322 juta.

“Oleh itu, tahun ini kita sasar kutipan catat RM331 juta yang mana meningkat lima peratus. Untuk peningkatan ini, MBSJ sasar kutipan cukai sahaja bernilai RM232 juta.

“Sasaran kutipan ini daripada pelbagai hasil antaranya cukai taksiran, lesen dan permit, perkhidmatan, jualan serta sewaan,” katanya selepas majlis angkat sumpah ahli majlis MBSJ di ibu pejabat MBSJ di sini, semalam.

[caption id="attachment_624360" align="aligncenter" width="780"]
Seramai 23 individu termasuk lima wanita menerima watikah pelantikan sebagai ahli majlis Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) yang disampaikan Datuk Bandar Subang Jaya Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim pada 18 Januari 2024. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/SELANGORKINI[/caption]

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan MBSJ bakal menjana hasil baharu melalui beberapa kaedah tahun ini.

“Selain kutipan hasil sedia ada, MBSJ juga bakal menjana hasil baharu. Perkara ini dalam perbincangan dan bertujuan meningkatkan jumlah kutipan hasil,” ujarnya.

Terdahulu, seramai 23 individu termasuk enam yang baharu mengangkat sumpah sebagai ahli majlis MBSJ bagi penggal 2024-2025.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619