PBT

MPAJ peruntuk RM45 juta senggara kemudahan awam, cerun

18 Jan 2024, 12:40 PM
MPAJ peruntuk RM45 juta senggara kemudahan awam, cerun

AMPANG JAYA, 18 JAN : Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganggarkan peruntukan kira-kira RM45 juta bagi kerja penyenggaraan kemudahan awam, tahun ini.

Yang Dipertuanya Dr Ani Ahmad berkata peruntukan itu adalah daripada hasil MPAJ selain dana beberapa kementerian berkaitan termasuk Kerajaan Negeri.

"Dana ini akan digunakan untuk pembaikan infrastruktur awam di Ampang Jaya antaranya berkaitan cerun, pembaikan tandas, parit, longkang dan kiosk.

"Peruntukan tahun ini meningkat berbanding 2023 hanya RM23 juta. Selepas dilakukan pelarasan, kita dapati banyak infrastruktur perlu ditambah baik demi keselesaan penduduk di Ampang Jaya," katanya.

Beliau berkata ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis penggal 2024-2025 di Menara MPAJ di sini.

Sebelum ini, MPAJ turut memaklumkan akan memantau rapi semua 356 cerun bawah pentadbirannya bagi memastikan tragedi Highland Towers tidak berulang.

MPAJ juga sudah melaksana kerja awalan pengurusan cerun yang baik sepanjang tahun 2023 terhadap 61 cerun berisiko tinggi dan sederhana.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619