PBT

Enam wanita antara 23 ahli majlis MPAJ angkat sumpah jawatan

18 Jan 2024, 10:00 AM
Enam wanita antara 23 ahli majlis MPAJ angkat sumpah jawatan

AMPANG JAYA, 18 JAN: Seramai 23 ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) termasuk tujuh lantikan baharu mengangkat sumpah jawatan hari ini.

Yang Dipertuanya Dr Ani Ahmad berkata 25 peratus atau enam daripada lantikan bagi penggal 2024-2025 itu adalah wanita.

"Tahniah kepada semua yang dilantik hari ini, semoga amanah yang diberi dapat dipikul dengan penuh tanggungjawab untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk Ampang Jaya.

"Pintu pejabat saya sentiasa terbuka untuk anda datang bagi berbincang mengenai soal dasar, pengurusan, isu penduduk dan sebagainya.

"Insya-Allah, kita bergerak ke hadapan sebagai satu keluarga besar dan bersatu hati harungi segala cabaran dengan menumpukan kepada peningkatan hasil termasuk melaksanakan langkah penjimatan," katanya ketika berucap.

Ahli Majlis lantikan baharu, Rosmayana Abu Rahim mewakili Amanah berkata beliau mahu memberi perkhidmatan sebaiknya kepada penduduk Ampang Jaya.

"Saya akan menggunakan pengalaman enam tahun dalam politik untuk berkhidmat kepada rakyat sekali gus memperkasa wanita supaya terus maju ke hadapan," katanya.

Manakala Teh Hong Keat yang mewakili DAP mahu berjumpa dengan penduduk untuk berbincang secara baik mengenai kadar kenaikan baharu cukai taksiran tahun depan.

"Saya dan warga MPAJ akan mengadakan pertemuan dengan penduduk berhubung perkara itu selain berusaha mendalami isu tempatan di Ampang Jaya dan menyelesaikan sebaiknya," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619