AGENDA

Lebih 20,000 dijangka saksi kejohanan badminton Asia Selangor

18 Jan 2024, 6:59 AM
Lebih 20,000 dijangka saksi kejohanan badminton Asia Selangor
Lebih 20,000 dijangka saksi kejohanan badminton Asia Selangor

SHAH ALAM, 18 JAN: Lebih 20,000 peminat tempatan dan antarabangsa dijangka menyaksikan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia Selangor 2024 (BATC) bulan depan.

EXCO Sukan Najwan Halimi berkata perlawanan di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam di sini menampilkan Selangor sebagai tuan rumah, kali kedua berturut-turut.

“Penganjuran kali kedua ini membuktikan komitmen tinggi Kerajaan Negeri dalam memperkasa dan mengembangkan lagi industri dan budaya sukan di Selangor.

“Dengan adanya kejohanan ini, kita berpeluang memperkenalkan Selangor selain meningkatkan sektor pelancongan seterusnya membantu ekonomi negeri,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung Badminton Asia merangkap Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Kenny Goh dan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor Mohamad Nizam Marjugi.

[caption id="attachment_624208" align="alignleft" width="345"] Setiausaha Agung Badminton Asia merangkap Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Kenny Goh[/caption]

Sementara itu, Kenny menjelaskan Selangor sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah berikutan kecemerlangannya mengendalikan kejohanan berkenaan pada edisi lalu.

Beliau memuji Selangor yang bijak dan teratur dalam mengendalikan BATC pada 2022 meskipun dianjur dalam suasana pandemik Covid-19 yang masih menular.

“Selangor ada membida untuk jadi tuan rumah dan disebabkan pencapaian yang agak cemerlang Selangor, kita rasa paling sesuai diberi adalah kepada Selangor.

“Dengan adanya kekangan tatacara operasi piawai (SOP) Covid-19 pun kita boleh nampak begitu ramai peminat yang datang, untuk kali ini kita jangka ia akan jadi lebih baik dan meriah,” katanya.

BATC 2024 bakal menampilkan 26 pasukan daripada 15 negara seperti China, Jepun, Indonesia, Singapura, Kazakhstan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kejohanan berprestij Asia itu bakal bermula pada 13 hingga 18 Februari hadapan dan tiket boleh dibeli bermula hari ini menerusi pautan http://selbatc2024.com

Pada 2022, Selangor buat julung kali menjadi tuan rumah BATC yang diselaraskan MSN Selangor dengan kerjasama Badminton Asia dan BAM.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619