AGENDA

Hujan berterusan tahap waspada diramal landa Pahang, Johor hingga Sabtu

18 Jan 2024, 5:30 AM
Hujan berterusan tahap waspada diramal landa Pahang, Johor hingga Sabtu

KUALA LUMPUR, 18 JAN: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran jangkaan hujan berterusan tahap waspada di Pahang dan Johor sehingga Sabtu ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan di Pahang dijangka melibatkan kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Johor lokaliti yang tersenarai adalah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dijangka di Sarawak sehingga esok melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619