AGENDA

Guru wanita rugi RM2,000 kereta dirempuh dari belakang, beg tangan dilarikan

16 Jan 2024, 1:12 PM
Guru wanita rugi RM2,000 kereta dirempuh dari belakang, beg tangan dilarikan

SANDAKAN, 16 JAN: Guru wanita kehilangan pelbagai barang bernilai RM2,000 apabila beg tangannya dilarikan lelaki yang merempuh kereta dipandunya di persimpangan Jalan Jambatan Merah dan Jalan Utara di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata kejadian berlaku 5.30 pagi apabila kenderaan dipandu guru berumur 47 tahun itu dirempuh kereta Toyota Camry dari belakang, sebelum pemandu kedua-dua kenderaan terlibat bergaduh, dan suspek cuba memukul wanita itu dengan kayu.

"Kedua-duanya bergelut dan suspek kemudian merampas beg tangan guru itu sebelum melarikan diri dengan kereta. Guru wanita itu tidak mengalami kecederaan dan terus ke balai polis Sandakan untuk membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata polis sedang mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian hubungi pegawai penyiasat dengan menelefon 013-9071709 bagi membantu siasatan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619