AGENDA

MOT: Perlu kajian cadangan kenaikan tambang bas sekolah

15 Jan 2024, 12:04 PM
MOT: Perlu kajian cadangan kenaikan tambang bas sekolah

MELAKA, 15 JAN: Kementerian Pengangkutan (MOT) menerima maklum balas daripada pelbagai pihak berhubung cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu pada Mac depan namun belum terdapat apa-apa keputusan mengenainya setakat ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Hasbi Habibollah berkata perkara itu perlu dikaji terlebih dahulu kerana ia melibatkan pelbagai pihak terutamanya ibu bapa dan pada masa ini juga tiada perbincangan lanjut dengan mana-mana persatuan atau pengusaha bas sekolah.

"Yang sebenarnya semua ini mestilah dikaji sebab semuanya mempunyai bab (peranan) terutamanya ibu bapa, jadi kita belum keluarkan apa-apa keputusan tentang itu.

"Memang kita ada terima macam-macam cadangan tapi ia masih lagi dikaji," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Litar Latihan dan Ujian Memandu Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka di Tiang Dua, di sini hari ini.

Majlis dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan turut dihadiri Ketua Pengarah JPJ, Datuk Rospiagos Taha.

Semalam akhbar melaporkan tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu dijangka akan meningkat susulan pertambahan kos operasi dan penyelenggaraan jentera terutama di kawasan bandar seperti Lembah Klang.

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat dilaporkan sebagai berkata peningkatan harga itu bagaimanapun tidak sama dan ia akan bergantung kepada operator selaku pihak yang menjalankan operasi.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619