AGENDA

Suami isteri seleweng wang zakat RM9.62 juta dibebas dengan bon mahkamah

15 Jan 2024, 5:34 AM
Suami isteri seleweng wang zakat RM9.62 juta dibebas dengan bon mahkamah

IPOH, 15 JAN: Pasangan suami isteri yang ditahan kerana disyaki menyeleweng kutipan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berjumlah RM9.62 juta dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah hari ini.

Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan membenarkan permohonan polis untuk membebaskan lelaki berusia 50 tahun dan isterinya berumur 53 tahun itu dengan jaminan bon di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah sebanyak RM50,000 seorang.

Terdahulu, pasangan itu yang berpakaian biasa tiba di Mahkamah Majistret di sini dengan diiringi anggota polis pada 9.30 pagi.

Mereka kemudian dibebaskan kira-kira 20 minit kemudian.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret di sini membenarkan suspek ditahan reman tujuh hari mulai 6 Jan lepas bagi membantu siasatan, kemudian tempoh reman tersebut dilanjutkan kepada 12 Jan, iaitu tiga hari lagi sehingga semalam.

Pasangan suami isteri itu yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat MAIPk, ditahan di Kuala Lumpur kira-kira 12.35 tengah hari pada 5 Jan lepas.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619