AGENDA

Chong Wei kritik pemain badminton negara, tidak komited berlatih

13 Jan 2024, 3:38 PM
Chong Wei kritik pemain badminton negara, tidak komited berlatih

SHAH ALAM, 13 JAN: Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei merumuskan kegagalan pemain kebangsaan di kejohanan Terbuka Malaysia disebabkan sikap mereka sendiri.

Beliau turut mengkritik segelintir pemain yang bercuti di luar negara ketika Hari Krismas sedangkan Terbuka Malaysia bermula pada 9 Januari, lapor portal Berita Harian.

"Ini adalah permulaan yang buruk untuk tahun ini. Saya harap pemain sedar dengan tanggungjawab mereka, mereka perlu berkorban untuk kerjaya mereka. Bukan saya mahu kata tidak boleh bercuti, tetapi kena tahu tengok masa.

"Pemain pergi bercuti selepas itu balik tinggal berapa hari saja lagi untuk Terbuka Malaysia bermula. Sebagai bekas pemain, saya tahu kita tidak boleh buat latihan penuh selepas bercuti," katanya yang menjuarai Terbuka Malaysia sebanyak 12 kali.

Chong Wei turut mengingatkan tiada jalan mudah untuk berjaya di peringkat tertinggi dan pemain perlu berkorban untuk mencapai impian itu.

"Saya dulu Tahun Baru Cina pun cuti satu hari saja, bukan cakap saya bagus, tetapi boleh tanya kepada mana-mana jurulatih yang pernah latih saya, macam mana cara saya.

"Ini berbeza dengan pemain China, Jepun dan Korea Selatan, mereka kekal komited menjalani latihan biarpun pada musim perayaan. Malah, ada kejohanan tempatan yang berlangsung di Jepun waktu itu," katanya.

Jelas beliau jurulatih dan pihak pengurus hanya boleh membantu untuk mempersiapkan pemain untuk kejohanan namun selebihnya terpulang kepada diri pemain tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619