AGENDA

Denggi meningkat kepada 3,181 kes minggu lepas, tiada kematian

13 Jan 2024, 9:00 AM
Denggi meningkat kepada 3,181 kes minggu lepas, tiada kematian

PUTRAJAYA, 13 JAN: Jumlah kes demam denggi di negara ini meningkat kepada 3,181 kes pada Minggu Epidemiologi ke-01 (ME01) 2024 iaitu bagi tempoh 31 Dis 2023 hingga 6 Jan 2024 berbanding 2,715 kes pada minggu sebelumnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan bagaimanapun berkata sepanjang tempoh minggu pertama tahun ini, tiada kes kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.

Dari segi bilangan lokalilti hotspot pula, beliau berkata jumlahnya berkurangan kepada 130 berbanding 131 pada minggu sebelumnya dengan jumlah tertinggi dicatatkan di Selangor sebanyak 100 lokaliti; diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (14); Perak (7); dan Negeri Sembilan (empat).

Selain itu itu, masing-masing dua lokaliti direkodkan di Pulau Pinang dan Sabah serta satu lokaliti di Kedah.

Bagi survelan chikungunya, Dr Muhammad Radzi berkata terdapat satu kes direkodkan pada ME01, namun tiada wabak chikungunya dilaporkan.

Sementara itu bagi survelan zika, beliau berkata sebanyak 18 sampel darah telah diambil dan hasil kajian mendapati kesemuanya adalah negatif.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619