ad
ADN

1,500 warga emas, golongan istimewa DUN Hulu Kelang dapat baucar beli-belah

13 Jan 2024, 5:30 AM
1,500 warga emas, golongan istimewa DUN Hulu Kelang dapat baucar beli-belah
1,500 warga emas, golongan istimewa DUN Hulu Kelang dapat baucar beli-belah
1,500 warga emas, golongan istimewa DUN Hulu Kelang dapat baucar beli-belah
1,500 warga emas, golongan istimewa DUN Hulu Kelang dapat baucar beli-belah

AMPANG JAYA, 13 JAN: Penyelaras Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang mengagihkan 1,500 baucar Jom Shopping kepada peserta Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS).

Pegawai Penyelarasnya Juwairiya Zulkifli berkata pihaknya dengan kerjasama Yayasan Warisan Anak Selangor menyediakan kaunter bergerak di Giant Taman Permata, di sini bagi memudahkan penerima mengambil baucar.

[caption id="attachment_623386" align="aligncenter" width="731"] Penyelaras DUN Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli bercakap kepada media ketika program serahan Baucar SMUE/SMIS DUN Hulu Kelang di Taman Permata, Ampang Jaya pada 13 Januari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Sambutan luar biasa dari warga emas yang teruja untuk menebus baucar mereka setelah mendaftar susulan pengumuman Dato’ Menteri Besar menaikkan nilai baucar dari RM100 hingga RM150.

“Dalam tempoh kurang sejam, 400 telah mengambil nombor yang menunggu sejak awal pagi tadi,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan hari ini.

[caption id="attachment_623389" align="aligncenter" width="743"] Penyelaras DUN Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli beramah mesra bersama penduduk yang hadir ketika program serahan Baucar SMUE/SMIS DUN Hulu Kelang di Taman Permata, Ampang Jaya pada 13 Januari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Menurut Juwairiya, pihaknya turut membuka kaunter pendaftaran baucar Jom Shopping sempena Tahun Baru Cina bernilai RM200 dengan mensasarkan untuk menerima 400 permohonan.

“Ramai juga sudah mendaftar untuk baucar ini dan saya berharap warga Hulu Kelang gembira dengan inisiatif Kerajaan Negeri untuk beraya dengan lebih sederhana walaupun nilainya tidak besar tetapi membantu ringankan beban.

“Pemberian baucar juga untuk mengurangkan beban warga emas yang tidak bekerja selain sebagai tanda penghargaan buat mereka,” katanya.

[caption id="attachment_623387" align="aligncenter" width="784"] Orang ramai mengambil baucar ketika program serahan Baucar SMUE/SMIS DUN Hulu Kelang di Taman Permata, Ampang Jaya pada 13 Januari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.