AGENDA

Gas bocor di kilang berdekatan KLIA, tiada kemalangan jiwa

12 Jan 2024, 2:00 PM
Gas bocor di kilang berdekatan KLIA, tiada kemalangan jiwa

SEPANG, 12 JAN: Satu kejadian kebocoran gas berlaku di sebuah kilang berdekatan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, namun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.10 pagi membabitkan kejadian kebocoran gas asid tulen dalam sebuah tangki berukuran 20 tan metrik.

Susulan itu, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam digegaskan ke lokasi itu pada 4.40 pagi bagi kerja-kerja pemantauan.

Operasi turut dibantu sembilan anggota daripada JBPM Selangor dan KLIA bersama dua jentera.

“Bomba juga berjaya memindahkan 10 tan metrik gas ke dalam tong gantian yang disediakan oleh pihak kilang,” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619