AGENSI

Yide santuni mangsa kebakaran, serah bantuan tunai, pek barangan keperluan harian

11 Jan 2024, 3:35 PM
Yide santuni mangsa kebakaran, serah bantuan tunai, pek barangan keperluan harian

SHAH ALAM, 11 JAN: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menghulurkan sumbangan tunai kecemasan kepada keluarga mangsa kebakaran di Kg Perigi Nenas, Pulau Indah, semalam.

Agensi itu menerusi Facebook berkata pihaknya turut menyerahkan Pek Kasih Yide yang mengandungi barangan keperluan harian bagi meringankan beban keluarga berkenaan.

"Sumbangan diserahkan oleh pemangku Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan Yide, Muhammad Zubair Azizan.

"Yide menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyalurkan infaq dana musibah. Hari ini Yide telah menyerahkan sumbangan kalian kepada orang yang berhak," katanya.

Kejadian kebakaran pada 7 Januari lalu itu dipercayai berlaku akibat litar pintas. Beberapa barang dan perabot milik mangsa musnah, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Dalam perkembangan lain, Yide mempelawa orang ramai untuk menyumbang ke Infaq Dana Musibah Malapetaka Yide melalui aplikasi infaqYIDE untuk disalurkan yang terjejas melalui pautan https://pay.infaqyide.com.my/.../infaq-dana-musibah atau; https://yide.com.my/donations/infaq-dana-musibah/

"Setiap sumbangan layak mendapat pengecualian cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967, dan semestinya setiap sumbangan anda dapat mengukirkan senyuman setiap mangsa yang kami santuni," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619