ADN

Jalan Taman Sentosa rosak, wakil rakyat jumpa datuk bandar Klang

11 Jan 2024, 7:49 AM
Jalan Taman Sentosa rosak, wakil rakyat jumpa datuk bandar Klang
Jalan Taman Sentosa rosak, wakil rakyat jumpa datuk bandar Klang

SHAH ALAM, 11 JAN: Wakil rakyat Sentosa akan mengadakan pertemuan dengan datuk bandar Klang susulan video tular seorang penduduk menampal sendiri jalan berlubang di kawasan itu.

Dr G Gunaraj berkata Jalan Hulubalang, Taman Sentosa kerap mengalami kerosakan akibat hujan lebat selain sering digunakan sebagai laluan kenderaan berat.

“Petang ini akan ada perjumpaan dengan datuk bandar Klang (Datin Paduka Noraini Roslan) untuk memastikan jalan yang berlubang dan rosak dapat diperbaiki di sekitar Taman Sentosa dan juga Klang.

“Namun kami amat berterima kasih kepada individu yang perbaiki jalan itu. Saya telah menyarankan Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk pastikan tindakan segera demi keselamatan pengguna jalan raya,” katanya di Facebook.

[caption id="attachment_623091" align="alignleft" width="500"] Tangkap layar video tular memaparkan seorang penduduk menulis perkataan 'duit saya' menggunakan cat kuning di atas jalan yang baru diturap di Taman Sentosa, Klang. Foto Facebook ADUN Sentosa YB Gunaraj[/caption]

Semalam, seorang lelaki meraih perhatian pengguna media sosial selepas dia menulis perkataan 'duit saya' menggunakan cat kuning di atas jalan yang baru diturap di Taman Sentosa, Klang.

Difahamkan, lelaki tersebut melaksanakan kerja turapan sendiri berikutan laluan tersebut kerap rosak sehingga membahayakan pengguna.

Sementara itu, bekas ahli majlis MPK, M Prabu berkata jalan berkenaan sudah dibaik pulih tiga bulan lalu namun kembali rosak akibat hujan lebat dan musim tengkujuh.

“Jalan ini sudah dibaiki tiga bulan lepas, namun disebabkan hujan tanpa henti ia kembali rosak. Pihak MPK sudah dimaklumkan dan jalan yang rosak akan segera dibaiki satu demi satu di seluruh Sentosa,” katanya.

Manakala Pengarah Komunikasi Korporat MPK Norfiza Mahfiz pula berkata pihaknya sentiasa memberi perhatian terhadap setiap aduan infrastruktur yang diterima.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619