AGENSI

Tengku Permaisuri berkenan rasmi pakaian seragam baharu kakitangan Malaysia Aviation Group

11 Jan 2024, 3:36 AM
Tengku Permaisuri berkenan rasmi pakaian seragam baharu kakitangan Malaysia Aviation Group
Tengku Permaisuri berkenan rasmi pakaian seragam baharu kakitangan Malaysia Aviation Group

SHAH ALAM, 11 JAN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berkenan merasmikan pakaian seragam baharu kakitangan Malaysia Aviation Group (MAG), semalam.

Keberangkatan tiba Tengku Permaisuri Hajah Norashikin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut Pengerusi MAG, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail.

[caption id="attachment_623070" align="aligncenter" width="748"]
Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan merasmikan pakaian seragam baharu kakitangan Malaysia Aviation Group (MAG), di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10 Januari 2024. Foto Facebook Selangor Royal Office[/caption]

Selangor Royal Office menerusi Facebook memaklumkan Baginda menzahirkan ucapan tahniah kepada MAG atas pembaharuan pakaian seragam dan menerapkan identiti tradisional rakyat Malaysia iaitu elemen songket.

“Baginda juga berbesar hati apabila diberitahu bahawa pakaian seragam baharu ini telah direka oleh pasukan dalaman dan memuji usaha kolektif ini yang mencerminkan dedikasi kakitangan MAG.

“Titah Baginda, pakaian seragam bukan sekadar hanya sehelai pakaian, tetapi ia juga melambangkan profesionalisme, komitmen dan kebanggaan individu yang memakainya,” menurut kenyataan Selangor Royal Office.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619