AGENDA

Istana Negara tidak terlibat percaturan politik, titah Anwar terus urus negara

9 Jan 2024, 11:35 AM
Istana Negara tidak terlibat percaturan politik, titah Anwar terus urus negara

KUALA LUMPUR, 9 JAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah bahawa Istana Negara tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Seri Paduka juga menitahkan Anwar dan Kerajaan MADANI untuk meneruskan kerja mengurus negara.

Perkara itu antara inti pati sesi menerima menghadap Anwar untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara hari ini.

“Hari ini, seperti kelazimannya saya menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas Kabinet esok dan turut mengulas beberapa perkembangan semasa.

“Saya juga menambah seandainya ada cadangan mana-mana pihak untuk menyampaikan derma sebanyak RM500 juta atau RM750 juta, ia hendaklah disalurkan terus kepada asnaf dan golongan miskin dalam negara,” menurut beliau dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, terdapat pemimpin pembangkang yang mendakwa mempunyai jumlah Akuan Bersumpah (SD) mencukupi untuk menukar Kerajaan Persekutuan selain tular kenyataan kononnya Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan kepada 118 Ahli Parlimen blok itu untuk menghadap baginda bersama SD masing-masing.

Bagaimanapun, Pejabat Ketua Pembangkang pada Sabtu lepas menafikan kenyataan itu dan mengesahkan bahawa ia adalah palsu.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619