AGENDA

Tujuh kereta mewah musnah dalam kebakaran bengkel di Kuching

9 Jan 2024, 4:15 AM
Tujuh kereta mewah musnah dalam kebakaran bengkel di Kuching

KUCHING, 9 JAN: Sebanyak tujuh kenderaan mewah musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah bengkel di Jalan Pahlawan, Bintawa di sini awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 4.50 pagi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan lapan kereta mewah yang berada di dalam garaj bengkel terbabit. Empat kenderaan (jenis Volkswagen, Mercedes, BMW dan Audi) telah terbakar 100 peratus, manakala tiga kenderaan (dua Mercedes dan sebuah BMW) terbakar 50 peratus.

"Sebuah kenderaan (Volkswagen) berjaya diselamatkan. Kebakaran tidak melibatkan kemusnahan struktur bangunan dan telah dapat dikawal pada 5.28 pagi,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619