AGENSI

Yide buka pendaftaran baharu anak yatim sehingga 27 Januari

8 Jan 2024, 12:30 PM
Yide buka pendaftaran baharu anak yatim sehingga 27 Januari
Yide buka pendaftaran baharu anak yatim sehingga 27 Januari

SHAH ALAM, 8 JAN: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) membuka pendaftaran baharu anak yatim bagi tahun ini sehingga 27 Januari ini.

Agensi itu di Facebook memaklumkan pihaknya sedang mengemaskini data dan pendaftaran baharu boleh dibuat melalui pautan www.epayns.com.my

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Yide di talian 03-3345 9900 atau 017-756 9476 (Zubair).

Sebelum ini, agensi berkenaan menjangkakan Kompleks Asrama Anak Yatim di Pulau Indah yang giat dibangunkan siap sepenuhnya hujung Januari 2026.

Projek dengan kerjasama pihak Central Spectrum (M) Sdn Bhd itu mampu memuatkan 200 anak yatim selain kemudahan lengkap seperti surau dan dewan.

[caption id="attachment_616022" align="aligncenter" width="749"] Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan, Nur Mohd Razali Abdullah (dua, kanan) menunjukkan replika model projek pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah di ibu pejabat Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) pada 10 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Justeru Yide mengalu-alukan sumbangan dari masyarakat untuk membantu menjayakan pembinaan kompleks berkenaan dengan sumbangan boleh dilakukan menerusi yide.com.my

Yide merupakan anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang bertanggungjawab mengurus dan menyelia hal ehwal kebajikan anak-anak yatim dan bantuan musibah kepada masyarakat Islam di Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619