AGENDA

Guru pengawas peperiksaan SPM maut kemalangan ketika ke sekolah

8 Jan 2024, 10:04 AM
Guru pengawas peperiksaan SPM maut kemalangan ketika ke sekolah

DUNGUN, 8 JAN: Seorang guru lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Pulut untuk bertugas sebagai pengawas Ujian Berturut Bahasa Melayu (UBBM) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah Sharifuddin Ali berkata kejadian berlaku kira-kira 8 pagi di Kilometer 73, Jalan Jerangau-Jabor, berdekatan Pusat Koreksional Dungun, Bukit Besi dekat sini.

Beliau berkata ketika kejadian, mangsa Abd Rashid Mohd Nor, 48, memandu dalam perjalanan dari SMK Jerangau ke SMK Padang Pulut sebelum terbabas dan tercampak ke dalam semak di kiri bahu jalan.

"Mangsa dihempap kenderaannya sendiri. Pihak bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sharifuddin berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619