AGENDA

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pahang, Johor hingga esok

8 Jan 2024, 6:21 AM
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pahang, Johor hingga esok

KUALA LUMPUR, 8 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan berterusan tahap waspada berlaku di beberapa daerah di Pahang dan Johor hingga esok.

Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada 1 tengah hari tadi, hujan berterusan itu dijangka berlaku di Pekan dan Rompin, Pahang serta Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.

Amaran sama turut melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah di Sarawak yang diramalkan berlaku dari Khamis hingga Jumaat ini.

Sementara itu, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) meminta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri (JPBN) dan Daerah (JPBD) diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisiko tinggi.

Menurut notis kesiapsiagaan operasi bencana yang dikeluarkan NDCC NADMA, JPBN dan JPBD juga diminta memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619