AGENDA

Wanita rugi lebih RM200,000 terpedaya pelaburan tidak wujud di WeChat

5 Jan 2024, 10:30 AM
Wanita rugi lebih RM200,000 terpedaya pelaburan tidak wujud di WeChat

KUANTAN, 5 JAN: Wang simpanan seorang suri rumah berjumlah RM229,627 lesap selepas terpedaya untuk menyertai pelaburan tidak wujud yang diketahui menerusi aplikasi media sosial WeChat.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 51 tahun mendakwa wang itu ialah dari simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pampasan insurans kematian suaminya.

"Mangsa mendakwa tertarik untuk menyertai pelaburan itu sekitar April 2023 kerana menawarkan keuntungan dua kali ganda dan telah mendaftarkan diri menggunakan pautan diberikan suspek.

"Selain itu, mangsa juga berkongsi maklumat kad pengeluaran wang automatik (ATM) miliknya dengan suspek atas alasan untuk tujuan pemindahan wang," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Yahaya berkata mangsa menyedari dirinya ditipu selepas tidak mendapat pulangan seperti dijanjikan menyebabkan dia membuat laporan di balai polis di Kuala Lipis, dekat sini semalam.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud terutamanya yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh pendek dan sentiasa membuat semakan di https://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat transaksi pemindahan wang secara dalam talian.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619