AGENDA

Al-Sultan Abdullah berangkat melawat Galeri Padi di Sekinchan

5 Jan 2024, 4:32 AM
Al-Sultan Abdullah berangkat melawat Galeri Padi di Sekinchan

SEKINCHAN, 5 JAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Galeri Padi dan Pusat Jualan Beras di sini.

Keberangkatan tiba baginda pada 10 pagi disambut Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Galeri Padi yang dibina dalam kilang memproses padi milik PLS Marketing (M) Sdn Bhd menjadi tarikan para pelancong bagi mendalami ilmu dan sejarah penanaman padi tempatan.

Pada program yang sama, Seri Paduka turut berkenan mencuba mengendalikan mesin menuai dan menanam padi.

Selesai program berkenaan, baginda berkenan berangkat melawat bangunan kilang baharu milik PLS setinggi lima tingkat dan meninjau keindahan pemandangan sawah padi dan sekitarnya dari atas bumbung bangunan itu.

Al-Sultan Abdullah juga berkenan mewakili kerajaan negeri Pahang bagi menerima sumbangan beras sebanyak 10 metrik tan daripada PLS untuk mangsa bencana di Pahang.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619