AGENDA

IBDE catat jualan lebih 57,000 buku pelbagai judul, riwayat Rasulullah terlaris

4 Jan 2024, 2:00 PM
IBDE catat jualan lebih 57,000 buku pelbagai judul, riwayat Rasulullah terlaris
IBDE catat jualan lebih 57,000 buku pelbagai judul, riwayat Rasulullah terlaris

SHAH ALAM, 4 JAN: Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) merekodkan jualan sebanyak 57,587 naskhah pelbagai judul terbitannya sepanjang tahun lepas.

Pengurus jualan dan pemasarannya berkata buku yang paling laris ialah Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal diikuti Gelagat & Ragam Orang Melayu; Memelihara Jiwa: Petua Dari Tabib Kurun Ke -6; Imam Al Ghazali: Hayat & Jasa Ilmuwan Ulung serta Penyelamat Dari Kesesatan.

Maklum beliau, antara yang turut mendapat permintaan tinggi ialah Salahuddin Al Ayubi: Raja Penakluk; Ilmu Kalam: Tegahan Buat Orang Awam; Ciri Pemisah Antara Islam dan Zindik; Perihal Kesederhanaan dalam Beriktikad serta Tanpa Ampun Tiga Tahun Diburu Jepun Di Rimba Malaya.

“Semua buku ini antara yang menjadi pilihan dan mempunyai permintaan tinggi. Terdapat beberapa buku yang kini stok makin berkurang dan akan dicetak semula untuk memenuhi permintaan pembaca,” kata Ainunl Muaiyanah Muhammad Sulaiman kepada Selangorkini,

Ainunl berkata semua karya tersebut boleh didapati di kedai buku Rencana di Sri Damansara, Petaling Jaya atau secara atas talian menerusi pautan bukuibde.com.

IBDE menerima geran daripada Kerajaan Negeri untuk menjayakan kegiatan penterjemahan buku pelbagai genre antaranya agama, sejarah dan falsafah.

[caption id="attachment_621918" align="aligncenter" width="680"] Terjemahan buku judul Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE)[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619