BERITA UTAMA

Rewang komuniti dekati penduduk PPR, sebar maklumat program negeri

4 Jan 2024, 4:39 AM
Rewang komuniti dekati penduduk PPR, sebar maklumat program negeri
Rewang komuniti dekati penduduk PPR, sebar maklumat program negeri

SHAH ALAM, 4 JAN: Program rewang khas untuk penduduk projek perumahan rakyat (PPR) dan pangsapuri lama akan diadakan dalam masa terdekat bagi menghebahkan maklumat berkaitan program negeri.

Dikenali sebagai Rewang Komuniti Strata, EXCO perumahan berkata program melibatkan agensi negeri menumpukan kawasan sekitar Lembah Klang terutama sekitar Ampang dan Hulu Langat.

Menurut Borhan Aman Shah, program dijangka selama dua hari itu meliputi pelbagai aktiviti antaranya gotong-royong memasak kenduri pada sebelah malam melibatkan semua penduduk.

“Esoknya majlis dimulakan dengan solat Subuh berjemaah dan sukan rakyat. Kita juga adakan pameran inisiatif Kerajaan Negeri supaya penduduk mendapat manfaat,” katanya ketika dihubungi.

[caption id="attachment_610548" align="alignright" width="440"] EXCO Perumahan dan Kebudayaan Borhan Aman Shah berucap ketika Majlis Pelancaran PKNS Home Buyer Programme di Tapak Karnival Stadium Shah Alam pada 28 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu, Borhan yang juga EXCO kebudayaan berkata Pameran Anak-Anak Sidek yang berlangsung di Muzium Sultan Alam Shah ketika ini menjadi tumpuannya dalam suku pertama tahun ini.

Beliau berkata pameran yang berlangsung mulai 1 November hingga 30 April ini merupakan langkah negeri untuk menaikkan semangat dan inspirasi kepada anak muda terutama pemain badminton.

“Pameran mendapat sambutan menggalakkan dan hampir 5,000 berkunjung dalam tempoh dua bulan. Kita jangkakan pameran ini akan menerima lebih 10,000 pengunjung sepanjang diadakan.

“Perasmian akan dibuat minggu depan. Lebih menarik akan disertai legenda badminton negara yang juga adik beradik Datuk Misbun Sidek, Datuk Jailani dan Datuk Razif,” katanya.

Koleksi piala, pingat, gambar dan barangan milik anak-anak Allahyarham Datuk Sidek Abdullah Kamar dipamerkan sepanjang enam bulan penganjuran program berkenaan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619